Menteri Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengumumkan kerajaan telah memuktamadkan pemberian kadar tol secara percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) sahaja pada 8 dan 9 April 2024 sempena perayaan Aidilfitri ini. Di mana pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Menjelang Aidilfitri…saya ingin mengumumkan di sini lah, yang dinantikan selama ini, seperti tahun-tahun yang sudah. Telah diputuskan dalam satu mesyuarat jemaah menteri, kita akan ada dua hari tol percuma menjelang Hari Raya. Kita akan bagi tol percuma dua hari…8 haribulan dan 9 haribulan.

“Saya hendak tekankan, ia terhad kepada kenderaan kelas 1 sahaja. pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan bermula 12.01 tengah malam pada 8 haribulan sehingga 11.59 malam pada 9 April,” katanya seperti yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi KKR.

Tol percuma 8-9 April sempena Aidilfitri- kenderaan Kelas 1; semua plaza tol kecuali di BSI, Tg Kupang

Pastinya peluang keemasan ini akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang tidka sabar untuk pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara. Walau bagaimana pun, anda disarankan supaya mengikut cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya bagi mengurangkan risiko tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Dalam masa yang sama, anda juga dinasihati memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi walau pun melalui lebuhraya dalam tempoh pemberian tol percuma ini. Jangan lupa dapatkan rehat secukupnya dan pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu. Sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati di jalan raya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *